Cuba click kat sini......

Tuesday 12 June 2018

SALAM RAMADHAN

Beberapa hari lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita.  Ramai yang dah pun mula meninggalkan tugasan masing-masing samaada sebagai seorang pekerja mahupun pelajar dan dah tak sabar untuk pulang ke kampung masing-masing. Bagi menyambut hari-hari terakhir ramadhan bersama keluarga tersayang.

Aku dah lama tidak menulis. Secara peribadi sudah terlalu lama. dan malam ini aku tidak tahu kenapa aku membuka satu lembaran yang dah cukup lama aku tutup dan simpan. mungkin sekadar untuk mengukir sedikit senyuman di blog yang aku pernah gunakan untuk aku menulis dan sekadar menulis.

Tahun ni.... hanya pakaian yang aku persiapkan untuk menanti kedatangan syawal.
Tanpa hidangan yang lazat
Tanpa kepulangan yang dinanti
Tanpa Persediakan dan percikan keseronokan dimalam raya.

Aku hanya menunggu dan  membiarkan kesemua detik itu berlalu sepantas yang boleh.

Tapi kedangan Syawal tetap perlu disambut kerana Syawal bukan bercerita tentang kegembiraan KITA semata-mata... tetapi tentang  MEREKA yang disamping KITA bahagia.

Selamat menyabut Hari Raya 2018..

Berhati-hati pulang ke kampung. Ingatlah mereka yang tersayang menanti ketibaan kita.



Friday 22 November 2013